Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kealpaan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
Usah diluka hati dan perasaan mereka
Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan
Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh Hindustan
Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat, dan dijarangkan
Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa memberi teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar kerana-Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan aku
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment