Sunday, August 24, 2008

NIKAH SEGERA SATU KEWAJIPAN

Perkahwinan dalam Islam merupakan suatu tuntutan dan kewajipan dalam pembinaan masyarakat yang unggul. Oleh itu Allah Subhanahu wa Taala telah mesyariatkan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan keluar kepada pelbagai perkara. Penulisan ini akan menjuruskan kepada Pensyariatan kawin segara. Ia tidak bermaksud kahwin dibawah umur mengikut undang-undang yang berbeza disetiap negara, walaupun disana terdapatnya syariat yang membolehkan perkara tersebut. Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam Islam melainkan mengikut keadaan sesuatu masyarakat. Usia "Shabab" atau belia-remaja adalah paling sesuai untuk memdirikan rumahtangga berdasarkan seruan Rasullah SAW:(Wahai golongan pemuda, berkahwinlah..) disamping pada usia inilah tenaga, kekuatan dan kehendak seseorang itu terkumpul. Oleh itu Rasullah SAW juga menyaran agar pasangan memilih diantara mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan, melaksanakan tanggungjawab rumahtangga. Bagi wanita pula, inilah masa melahirkan zuriat penyambung genarasi. Perkara ini lebih dititik beratkan pada zaman yang penuh dengan fitnah, pencabulan, rogol, sumbang mahram dan genjala sosial yang parah dari hari ke sehari. Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyaran agar perkahwinan segera dan penislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini. Tentunya usaha kita terhad untuk mengubah persekitaran melainkan pihak berkuasa, akan tetapi bagi mengahwinkan jagaan kita adalah dibawah tanggungjawab kita sebagai penjaganya kepada anak-anak. Saranan dan hujjah-hujjah yang menggalakkan kahwin segera boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:Maksud Firman Allah swt :Dan kawinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak-berkahwin-dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan-menjadikan kaya- mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui. Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan. Arahan 'kawinkanlah' menunjukkan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggunjawab ini dilihat terpundak kepada penjaga samada anak lelaki atau wanita. Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yg dipertanggunjawabkan sanggup menghalang jagaannya yang layak dari berkahwin. Tidak sepatutnya bagi seorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh. Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasullah saw: Apabila datang meminang seorang lelaki yang kau redhoi agamanya, akhlaknya dan amanahnya maka kawinkanlah ia, jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas. (At-Tirmizi) Jelas Baginda menganjurkan kepada penjaga agar mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunya agama, akhlak dan amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahgia. Adapun meletak syarat-syarat tambahan ditakuti memberatkan bagi jagaannya memcari jodah seterusnya membawa fitnah kerosakan dalam masyarakat. Dari Ali r.a Sesungguhnya Rasullah saw telah bersabda kepadanya:Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktu, mayat apabila sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya. (At-Tirmizi) Saranan mengahwinkan dengan segera apabila ditemukan sekufunya seakan-akan seiring dengan tuntutan dua perkara yang disebut terdahulu. Menyelesaikan solat pada waktunya yang singkat dan menguruskan mayat yang manjadi rosak sama pentingnya dengan mengahwinkan anak dara tadi. Dari Fatimah binti Qais, Sesungguhnya Rasullah saw telah mengarahkan-dia-mengahwini Usamah bin Zaid dengan bersabada: Nikahlah kamu Usamah bin Zaid maka aku enggan kemudian Rasullah saw bersabda: Nikahlah Usamah bin Zaid maka aku nikahinya, maka Allah telah menjadikan dengannya kebaikan yang banyak dan kelapangan.Riwayat Muslim.. ketika itu umur Usamah masih belum menjangkau 16 tahun. Dari 'Aisyah r.a, sesungguhnya Rasullah telah bersabda: Sekiranya Usamah itu budakku nescaya aku pakaikan dan hiaskan sehingga aku menginfaqkannya. Riwayat Ibnu Majah dan AhmadHadis ini bermaksud sekiranya Usamah bin Zaid menjadi anak perumpuan Rasullah saw nescaya Baginda akan memakai pakaian dan barang kemas sehingga berkahwin. Dari Saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kawinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa.Halangan dan Cabaran.Menilai terhadap hujjah dan dalil diatas, seharusnya terdetik bagi Aulia/penjaga untuk mengamalkan apa yang telah disarankan oleh Kekasih Kita Junjungan Besar Rasullah saw. Kendatipun terdapat masalah yang menghalang tuntutan tersebut. Masalah ini tidak boleh dipandang-remah oleh penjaga dan anak jagaannya, kerana ia memerlukan kerjasama yang utuh diantara kedua pihak. Halangan yang digariskan oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan ialah : 1-Mahar yang tinggi- terdapat banyak hadis,hikmah dan contoh tindakan Rasullah SAW sendiri. 2-Belanja kawin yang melampau- Jangan sampai kewajipan berkahwin dihalang dengan kewajipan sampingan yang kecil. Malah kekadang sesuatu yang bukan wajib atau hanya adat dijadikan kewajipan. 3-Halangan pembelajaran/perkuliahan- Kita akan fokuskan pembincangan ini di bawah. 4-Kebebasan yang melampau-sehingga merasakan semuanya dapat dimiliki walaupun tanpa berkahwin 5-Sedikit pendapatan dan tinggi taraf hidup-Ia memerlukan perancangan masa depan dan bantuan dari pesekitaran disamping sentiasa berusaha melengkapkan keperluan keluarga. Kefahaman dan kemahiran dalam mengklasifikasikan perbelanjaan yang penting dengan yang lebih penting serta yang tidak penting adalah sangat perlu. Halangan pembelajaran/perkuliahanHalangan ini timbul dikalangan mahasiswa umumnya, iaitu mahasiswa diperingkat Ijazah dan ijazah lanjutan khususnya Mereka sering dihadapkan dengan keadaan serba salah dan keliru Kebiasaan masalah ini ialah: 1-Masalah ekonomi yang berkaitan dengan pembelanjaan dan nafkah. 2-Masalah akadamik yang berkaitan dengan pembelajaran. 3-Masalah malu dengan kritikan keluarga. Masalah Ekonomi. Menjadi tanggungjawab penjaga menampung segala urusan jagaannya, samada penjaga tersebut berada atau kurang berada. Bagi yang berada, tiada sebab mengapa ianya menjadi halangan. Sewajarnya mereka membantu, memudahkan proses ini. Halangan ini akan menatijahkan suatu yang buruk seperti pergaulan bebas, perzinaan dan anak haram.Tidak perlu kedekut dalam membantu jagaan/anaknya untuk berkahwin, inilah zuriatnya yang akan melahirkan genarasi seterusnya, yang sentiasa mengingati kebaikan ayahnya,yang menyanjungi ayahnya, yang menyayangi ayahnya yang sentiasa mendoakan ayahnya diwaktu yang lain melupakan atau tiada lagi.Harta yang diwakilkan kepada kita hanya bersifat sementara yang akan ditanya dimana ia dibelanjakan. Munasabah sekali sekiranya harta ini dibelanjakan untuk anak kandungnya sendiri. Sabda Rasullah saw yang bermaksud : Dan wang yang diinfakkan pada Sabilillah, dan wang yang diinfakkan untuk membebaskan hamba, dan wang yang disedekahkan kepada orang miskin, dan wang yang diinfakkan kepada keluarga kamu: Yang paling besar pahalanya ialah apa yang diinfakkan kepada keluarga kamu. (Riwayat Muslim) Bagi penjaga yang kurang berada menjadi tanggunjawab orang-ramai, keluarga, ulama, masyarakat membentuk suatu pertubuhan membantu mereka yang sedang belajar ini. Galakkan kepada mereka yang berada dan sentiasa mengingatkan mesyarakat tentang budaya menginfak akan menjadikan hubungan diantara masyarakat lebih intim dan harmoni.


Perkahwinan dalam Islam merupakan suatu tuntutan dan kewajipan dalam pembinaan masyarakat yang unggul. Oleh itu Allah Subhanahu wa Taala telah mesyariatkan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan keluar kepada pelbagai perkara. Penulisan ini akan menjuruskan kepada Pensyariatan kawin segara. Ia tidak bermaksud kahwin dibawah umur mengikut undang-undang yang berbeza disetiap negara, walaupun disana terdapatnya syariat yang membolehkan perkara tersebut. Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam Islam melainkan mengikut keadaan sesuatu masyarakat. Usia "Shabab" atau belia-remaja adalah paling sesuai untuk memdirikan rumahtangga berdasarkan seruan Rasullah SAW:يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج (Wahai golongan pemuda, berkahwinlah..) disamping pada usia inilah tenaga, kekuatan dan kehendak seseorang itu terkumpul. Oleh itu Rasullah SAW juga menyaran agar pasangan memilih diantara mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan, melaksanakan tanggungjawab rumahtangga. Bagi wanita pula, inilah masa melahirkan zuriat penyambung genarasi. Perkara ini lebih dititik beratkan pada zaman yang penuh dengan fitnah, pencabulan, rogol, sumbang mahram dan genjala sosial yang parah dari hari ke sehari.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyaran agar perkahwinan segera dan penislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini. Tentunya usaha kita terhad untuk mengubah persekitaran melainkan pihak berkuasa, akan tetapi bagi mengahwinkan jagaan kita adalah dibawah tanggungjawab kita sebagai penjaganya kepada anak-anak. Saranan dan hujjah-hujjah yang menggalakkan kahwin segera boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

1-:َوأَنكِحُوا الأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ سورة النور /32Maksud Firman Allah swt :Dan kawinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak-berkahwin-dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan-menjadikan kaya- mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan. Arahan 'kawinkanlah' menunjukkan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggunjawab ini dilihat terpundak kepada penjaga samada anak lelaki atau wanita. Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yg dipertanggunjawabkan sanggup menghalang jagaannya yang layak dari berkahwin. Tidak sepatutnya bagi seorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

2-عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه وأمانته فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasullah saw: Apabila datang meminang seorang lelaki yang kau redhoi agamanya, akhlaknya dan amanahnya maka kawinkanlah ia, jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas. (At-Tirmizi)

Jelas Baginda menganjurkan kepada penjaga agar mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunya agama, akhlak dan amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahgia. Adapun meletak syarat-syarat tambahan ditakuti memberatkan bagi jagaannya memcari jodah seterusnya membawa fitnah kerosakan dalam masyarakat

3-عن علي رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال له: ( يا علي ، ثلاثٌ لا تؤخرها ، الصلاة إذا آنت ، والجنازة إذا حضرت ، والأيم إذا وجدت لها كفؤاً

Dari Ali r.a Sesungguhnya Rasullah saw telah bersabda kepadanya:Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktu, mayat apabila sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya. (At-Tirmizi)

Saranan mengahwinkan dengan segera apabila ditemukan sekufunya seakan-akan seiring dengan tuntutan dua perkara yang disebut terdahulu. Menyelesaikan solat pada waktunya yang singkat dan menguruskan mayat yang manjadi rosak sama pentingnya dengan mengahwinkan anak dara tadi.

4-عن فاطمة بنت قيس ، وفيه أن الرسول –صلى الله عليه وسلم- أمرها أن تتزوج أسامة بن زيد ، حيث قال لها: أنكحي أسامة بن زيد ، فكرهته ، ثم قال أنكحي أسامة بن زيد ، فنكحته فجعل الله فيه خيراً كثيراً ، واغتبطت به

Dari Fatimah binti Qais, Sesungguhnya Rasullah saw telah mengarahkan-dia-mengahwini Usamah bin Zaid dengan bersabada: Nikahlah kamu Usamah bin Zaid maka aku enggan kemudian Rasullah saw bersabda: Nikahlah Usamah bin Zaid maka aku nikahinya, maka Allah telah menjadikan dengannya kebaikan yang banyak dan kelapangan.Riwayat Muslim.. ketika itu umur Usamah masih belum menjangkau 16 tahun.

5-عن عائشة رضي الله عنها ، أن الرسول –صلى الله عليه وسلم- قال : لو كان أسامة جارية لكسوته وحليته حتى أُنفِقَهُ

Dari 'Aisyah r.a, sesungguhnya Rasullah telah bersabda: Sekiranya Usamah itu budakku nescaya aku pakaikan dan hiaskan sehingga aku menginfaqkannya. Riwayat Ibnu Majah dan AhmadHadis ini bermaksud sekiranya Usamah bin Zaid menjadi anak perumpuan Rasullah saw nescaya Baginda akan memakai pakaian dan barang kemas sehingga berkahwin6-عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أنه قال: " زوجوا أولادكم إذا بلغوا لا تحملوا آثامهم

Dari Saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kawinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa.Halangan dan Cabaran.Menilai terhadap hujjah dan dalil diatas, seharusnya terdetik bagi Aulia/penjaga untuk mengamalkan apa yang telah disarankan oleh Kekasih Kita Junjungan Besar Rasullah saw. Kendatipun terdapat masalah yang menghalang tuntutan tersebut. Masalah ini tidak boleh dipandang-remah oleh penjaga dan anak jagaannya, kerana ia memerlukan kerjasama yang utuh diantara kedua pihak. Halangan yang digariskan oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan ialah :

1-Mahar yang tinggi- terdapat banyak hadis,hikmah dan contoh tindakan Rasullah SAW sendiri.

2-Belanja kawin yang melampau- Jangan sampai kewajipan berkahwin dihalang dengan kewajipan sampingan yang kecil. Malah kekadang sesuatu yang bukan wajib atau hanya adat dijadikan kewajipan.

3-Halangan pembelajaran/perkuliahan- Kita akan fokuskan pembincangan ini di bawah.

4-Kebebasan yang melampau-sehingga merasakan semuanya dapat dimiliki walaupun tanpa berkahwin

5-Sedikit pendapatan dan tinggi taraf hidup-Ia memerlukan perancangan masa depan dan bantuan dari pesekitaran disamping sentiasa berusaha melengkapkan keperluan keluarga. Kefahaman dan kemahiran dalam mengklasifikasikan perbelanjaan yang penting dengan yang lebih penting serta yang tidak penting adalah sangat perlu.

Halangan pembelajaran/perkuliahanHalangan ini timbul dikalangan mahasiswa umumnya, iaitu mahasiswa diperingkat Ijazah dan ijazah lanjutan khususnya Mereka sering dihadapkan dengan keadaan serba salah dan keliru Kebiasaan masalah ini ialah:

1-Masalah ekonomi yang berkaitan dengan pembelanjaan dan nafkah.

2-Masalah akadamik yang berkaitan dengan pembelajaran.

3-Masalah malu dengan kritikan keluarga.

Masalah Ekonomi. Menjadi tanggungjawab penjaga menampung segala urusan jagaannya, samada penjaga tersebut berada atau kurang berada. Bagi yang berada, tiada sebab mengapa ianya menjadi halangan. Sewajarnya mereka membantu, memudahkan proses ini. Halangan ini akan menatijahkan suatu yang buruk seperti pergaulan bebas, perzinaan dan anak haram.Tidak perlu kedekut dalam membantu jagaan/anaknya untuk berkahwin, inilah zuriatnya yang akan melahirkan genarasi seterusnya, yang sentiasa mengingati kebaikan ayahnya,yang menyanjungi ayahnya, yang menyayangi ayahnya yang sentiasa mendoakan ayahnya diwaktu yang lain melupakan atau tiada lagi.Harta yang diwakilkan kepada kita hanya bersifat sementara yang akan ditanya dimana ia dibelanjakan. Munasabah sekali sekiranya harta ini dibelanjakan untuk anak kandungnya sendiri. Sabda Rasullah saw yang bermaksud : Dan wang yang diinfakkan pada Sabilillah, dan wang yang diinfakkan untuk membebaskan hamba, dan wang yang disedekahkan kepada orang miskin, dan wang yang diinfakkan kepada keluarga kamu: Yang paling besar pahalanya ialah apa yang diinfakkan kepada keluarga kamu. (Riwayat Muslim)

Bagi penjaga yang kurang berada menjadi tanggunjawab orang-ramai, keluarga, ulama, masyarakat membentuk suatu pertubuhan membantu mereka yang sedang belajar ini. Galakkan kepada mereka yang berada dan sentiasa mengingatkan mesyarakat tentang budaya menginfak akan menjadikan hubungan diantara masyarakat lebih intim dan harmoni.

(artikel dipetik)

No comments: