Semalu Pun Tahu Malu
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w
berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a.
tetibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak
tumbuhan semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu
berada di situ dengan nada yang
sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon
semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya
lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu
mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang
tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah
sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar
tunggang yang sangat kuat. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan
Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup
dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau
pun ia hanya sebuah tumbuhan
yang kecil.
(karya dipetik)
Monday, September 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment