Boleh Taat Tapi Tidak Setia
Ada orang tidak taat dan tidak setia
Sama ada dengan Tuhan atau dengan manusia
Itu perkara biasa
Tapi adakalanya kita tidak sedari di dalam kehidupan ini
Sering berlaku kepada orang yang agak beragama
Boleh taat tapi tidak setia
Sanggup menerima arahan tapi tidak ada tanggungjawab
Boleh beribadah tapi derhaka
Boleh menerima suruhan tapi tidak beradab
Teringat dosa kemudian melakukannya
Boleh berbuat tapi tidak sempurna
Atau sanggup berkhidmat tapi tercacat dan tercela
Atau boleh taat tapi jiwa menderita
Keindahan di dalam ketaatan tidak ada
Lazat didalam beramal belum dirasa
Kerana itulah iman sentiasa yazid wa yanqus
Adakalanya bertambah,adakalanya berkurang
Dia tidak mahu bertambah dan terus bertambah
Tapi janganlah berputus asa
Lepas berbuat mengaku dosa
Setelah berbuat mintalah ampun dan maaf
Mintalah kepada Tuhan dengan rahmat-Nya terima jugalah
Pohonlah kepada Tuhan Ar Rahman
Dengan rahmat-Nya yang cacat itu tampunglah
Monday, September 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment